10 September 2007

PELAN LOKASI




Pengunjung yang berminat untuk berkunjung ke Perpustakaan Desa Bukit Gantang dan Homestay Bukit Gantang atau mendengar Pengkisahan Sejarah "Long Jaafar" pada tarikh perlaksanaan yang akan dimaklumkan kemudian boleh merujuk pada pelan lokasi tersebut.

Susulan Fasa Kedua (Langkah Pertama)

07 September 2007 (Jumaat), 15.30 petang

Kumpulan Keringat Merdeka telah memulakan perbincangan mengenai langkah seterusnya untuk melaksanakan projek ini bagi fasa kedua. Keputusan telah di buat di mana anggota kumpulan ini akan turun ke Perpustakaan Desa Bukit Gantang dan Homestay Bukit Gantang bagi membincangkan lebih lanjut mengenai aktiviti yang bakal di adakan di Mukim tersebut di samping akan membuat lawatan tapak projek pada tarikh yang dicadangkan iaitu pada 11 September 2007 (Selasa).
Pihak kami juga telah menemui wakil tapak projek Homestay Bukit Gantang iaitu Puan Maimunah Haji Daud di Tapak Gerak Usahawan yang diadakan di Dataran Bandaraya Ipoh pada tarikh yang sama iaitu pada jam 12.30 tengahari. Beliau memberi jaminan bahawa Homestay Bukit Gantang akan memberi kerjasama dan komitmen bagi menjayakan projek ini di sana nanti

Gambar di atas menunjukkan persekitaran Gerak Usahawan Negeri Perak 2007, Bertempat Dataran Bandaraya Ipoh, Tarikh: 7-9 September 2007. Diantara gerai yang menjadi pilihan Kumpulan Keringat Merdeka ialah Gerai Bukit Gantang Homestay.

Perutusan Tuan Pengarah PPANPk


Pada 06 September 2007, Tuan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak iaitu Tuan Haji Mohamad Nazari bin Haji Abdul Hamid mengucapkan syabas dan tahniah kepada kumpulan Keringat Merdeka kerana telah berjaya memasuki Fasa Kedua Maxis Cyberlinq Contest 2007.

Beliau berharap agar kumpulan ini berusaha dan memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakan projek ini dalam fasa ke dua. Beliau juga mendoakan semoga kumpulan ini beroleh kejayaan bagi pihak jabatan.

Beliau akan memberi kerjasama yang jitu sekiranya khidmat dan pandangan beliau diperlukan sebagai dorongan dan semangat untuk mencapai kejayaan.

TAHNIAH!!!

Tahniah kepada Kumpulan Keringat Merdeka di atas kejayaan kita bersama. Moga dalam fasa ke dua kita terus berusaha bagi memperolehi kejayaan yang lebih cemerlang.

Tahniah juga kepada kumpulan yang turut berjaya dalam memasuki fasa ke dua.

Untuk maklumat lanjut keputusan Maxis Cyberlinq Contest boleh layari http://maxiscyberlinq.blogspot.com/

GOOD LUCK TO ALL OF US!!!