01 November 2007

KEPUTUSAN PERTANDINGAN





Keputusan aktiviti-aktiviti Pertandingan Mewarna bagi Kategori Pra-Sekolah dan Pertandingan Melukis Potret bagi Kategori Remaja telah dibuat pada hari aktiviti ini dijalankan iaitu 28 Oktober 2007 (Ahad) yang lalu. Berikut adalah keputusan pertandingan yang telah diperolehi:
Keputusan Pertandingan Mewarna bagi Kategori Pra-Sekolah:

Tempat Pertama
Adik Nur Ain Syafiqah Bt. Abdullah Sani
Pra-Sekolah Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah

Tempat Kedua
Adik Anis Nor Alia Bt. Mohd. Zaidi
Pra-Sekolah Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah Tempat Ketiga
Adik Aini Nor Tasnim B. Ahmad Termizi
Pra-Sekolah Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah

Saguhati
12 orang murid Pra-Sekolah dan Tadika

Keputusan Pertandingan Melukis Potret Long Jaafar dan Ngah Ibrahim bagi Kategori Remaja

Tempat Pertama
Abdul Muttaqin B. Saharom ( I4 tahun )
Sekolah Menengah Kebangsaan Dr. Burhanuddin, Taiping

Tempat Kedua
Muhamad Fitri B. Jamaludin ( 14 tahun )
Sekolah Menengah Kebangsaan Matang

Tempat Ketiga
Nur Fitri B. Ramlee ( 15 tahun )
Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Aur

Saguhati
12 orang pelajar

Hakim Pertandingan Mewarna bagi Kategori Pra-Sekolah dan Melukis Potret Long Jaafar dan Ngah Ibrahim bagi Kategori Remaja adalah terdiri daripada Guru-Guru dan AJK Perpustakaan. Penyampaian hadiah akan dilakukan pada hari Kemuncak Majlis Pengkisahan "Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang" dan para pemenang telah dijemput bersama dengan para ibubapa untuk mengambil hadiah masing-masing pada hari tersebut.

AKTIVITI-AKTIVITI PERTANDINGAN YANG TELAH DIJALANKAN


Disamping Majlis Pengkisahan "Sejarah Long Jaafar: Tokoh Melayu Terbilang" yang akan berlangsung pada 3 November 2007 (Sabtu) jam 11.00 pagi , beberapa aktiviti sampingan telah dijalankan pada 28 Oktober 2007 (Ahad) jam 9.00 pagi. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah:

1. Pertandingan Mewarna bagi Kategori Pra Sekolah

2. Pertandingan Melukis Potret Long Jaafar dan Ngah Ibrahim bagi Kategori Remaja

Aktiviti Pertandingan Mewarna bagi Kategori Pra-Sekolah telah dijalankan di Perpustakaan Desa Bukit Gantang. Manakala Pertandingan Melukis Potret Long Jaafar dan Ngah Ibrahim bagi Kategori Remaja pula dijalankan di Dewan Mukim Bukit Gantang dan aktiviti ini telah dijalankan secara serentak.



Alhamdulillah, kedua-dua aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan iaitu seramai 60 orang murid Pra-Sekolah dan Tadika sekitar Mukim Bukit Gantang telah mengambil bahagian dalam acara ini. Manakala seramai 70 pelajar terdiri dari pelajar menengah rendah pula telah menyertai dalam acara pertandingan bagi kategori remaja. Sewaktu kedua-dua aktiviti ini berlangsung terdapat lebih 200 orang telah menghadiri pada hari tersebut.

30 October 2007

Banner dan Backdrop

Berikut adalah contoh banner, backdrop dan kad urusetia yang telah siap disediakan oleh Jawatankuasa Kumpulan Keringat Merdeka untuk Majlis Pengkisahan Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang.