Disamping Majlis Pengkisahan "Sejarah Long Jaafar: Tokoh Melayu Terbilang" yang akan berlangsung pada 3 November 2007 (Sabtu) jam 11.00 pagi , beberapa aktiviti sampingan telah dijalankan pada 28 Oktober 2007 (Ahad) jam 9.00 pagi. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah:
1. Pertandingan Mewarna bagi Kategori Pra Sekolah
2. Pertandingan Melukis Potret Long Jaafar dan Ngah Ibrahim bagi Kategori Remaja

Aktiviti Pertandingan Mewarna bagi Kategori Pra-Sekolah telah dijalankan di Perpustakaan Desa Bukit Gantang. Manakala Pertandingan Melukis Potret Long Jaafar dan Ngah Ibrahim bagi Kategori Remaja pula dijalankan di Dewan Mukim Bukit Gantang dan aktiviti ini telah dijalankan secara serentak.



Alhamdulillah, kedua-dua aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan iaitu seramai 60 orang murid Pra-Sekolah dan Tadika sekitar Mukim Bukit Gantang telah mengambil bahagian dalam acara ini. Manakala seramai 70 pelajar terdiri dari pelajar menengah rendah pula telah menyertai dalam acara pertandingan bagi kategori remaja. Sewaktu kedua-dua aktiviti ini berlangsung terdapat lebih 200 orang telah menghadiri pada hari tersebut.