26 October 2007

PELANCARAN CD JEJAK WARISAN LARUT, MATANG DAN SELAMA

Pada 24 Oktober 2007 (Rabu) satu pertemuan telah diatur oleh Penghulu Mukim Bukit Gantang iaitu Tuan Haji Badrulhisam bin Haji Saleh diantara Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama dengan AJK Kumpulan Keringat Merdeka.

Tujuan pertemuan tersebut adalah untuk menjemput Y. Bhg. Dato' Mahmod bin Morsidi DPMP., PMP., AMP., hadir dan melancarkan CD Jejak Warisan Larut, Matang dan Selama sempena Majlis Pengkisahan "Sejarah Long Jaafar: Tokoh Melayu terbilang". Atas pertemuan tersebut beliau telah memberi persetujuan untuk melancarkan CD berkenaan. Kumpulan Keringat Merdeka berbesar hati diatas kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh beliau terhadap usaha dalam menjayakan majlis ini.

PERJUMPAAN AJK KERINGAT MERDEKA BERSAMA DENGAN ORANG BESAR JAJAHAN LARUT MATANG DAN SELAMA

Puan Haslina Hassan selaku Pengurus Projek sedang menunjukkan Buku Jejak Warisan Daerah Larut Matang dan Selama yang akan di CDkan kepada Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama untuk mendapat persetujuan beliau.



Pada tarikh 23 Oktober 2007 (Selasa) iaitu tarikh yang sama mesyuarat persiapan diadakan, Kumpulan Keringat Merdeka telah berpeluang berjumpa dengan Y.A. Bhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato' Dr. Haji Wan Mohd. Isa bin Dato' Seri Wan Ahmad DPCM., AMP., PPT., JP. , Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama yang KeLapan iaitu merupakan salah seorang panel Majlis Pengkisahan "Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang".
Dalam pertemuan tersebut beliau telah bersetuju dilantik sebagai salah seorang panel pada majlis tersebut. Topik yang akan dibincangkan oleh beliau pada majlis tersebut adalah " Sejarah/ Biodata/ Waris - Pengalaman Membawa Pulang Jenazah Tengku Menteri dari Singapura ke Kompleks Sejarah Matang".
Beliau juga telah membenarkan kami membuat salinan bahan yang berkaitan dengan sejarah Ngah Ibrahim untuk tujuan pameran pada Majlis Pengkisahan tersebut. Beliau turut mencadangkan gambar/potret Ngah Ibrahim diambil dari buku Biografi Ringkas Orang Kaya Menteri Paduka Tuan (Tengku Menteri) Ngah Ibrahim bin Long Jaafar (1836-1895) yang ditulis oleh Dr. Talib Samat terbitan Goal Intelligent Publishing Sdn. Bhd. untuk digunakan sewaktu aktiviti pertandingan melukis potret Long Jaafar dan Ngah Ibrahim dijalankan.
Sewaktu sesi perbualan tersebut, kami mendapati beliau seorang yang peramah dan mesra serta banyak memberi maklumbalas yang positif terhadap projek yang bakal dilaksanakan.
Diakhir pertemuan tersebut kami berkesempatan bergambar dengan beliau sebagai kenangan.

24 October 2007

Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Persiapan







Tarikh: 23 Oktober 2007
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Perpustakaan Desa Bukit Gantang
Hadir:
1. Pn. Haslina bt. Hassan (Pengerusi)
2. En. Mohd Salleh bin Shani - Pejabat Daerah Larut Matang & Selama
3. En. Ismail bin Daud - Pejabat Penerangan Daerah Larut Matang & Selama
4. En. Mohamad bin Jaafar - Majlis Perbandaran Taiping
5. Cik Asmarina bt. Jamaludin - Kompleks Sejarah Matang
6. En. Shaari bin Ismail - JKR Taiping
7. Tn. Hj. Badrulhisham bin Hj. Saleh - Penghulu Mukim Bukit Gantang
8. En. Mahyudin bin Othman - Ketua Kampung merangkap Pengerusi PD Bkt Gantang
9. En. Abu Jamil bin Sani - Pejabat Penghulu Mukim Bukit Gantang
10. Pn. Junaimi bt. Moin - AJK
11. Pn. Noriza bt. Osman - AJK
12. Pn. Jamilah bt. Abdul Rahman - AJK
13. Pn. Aishatushima bt. Ahmad Safri - AJK
14. Cik Norawati bt. Mohamad Ali (Setiausaha)

AGENDA

1. Perutusan Pengerusi
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Haslina Hassan selaku Pengurus Projek dan beliau memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan terima kasih kepada semua yang hadir.
Pengerusi juga menyampaikan salam daripada Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak yang sepatutnya mempengerusikan mesyuarat hari ini, tetapi tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Perutusan pengerusi diteruskan dengan menerangkan tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan Persiapan Majlis Pengkisahan Sejarah Long Jaafar: Tokoh Melayu Terbilang.

2. Pembentangan Kertas Kerja
Pengerusi membentangkan kertas kerja mengenai majlis tersebut kepada ahli mesyuarat yang hadir.

3. Persiapan Majlis/ Pembahagian Tugas
3.1 Penyediaan khemah/ canopy
En. Mahyudin bin Othman, Ketua Kampung merangkap Pengerusi PD Bkt Gantang memaklumkan atas perbincangan beliau dengan Y.B. Dato' Haji Mat Isa beliau bersetuju untuk menyediakan sebanyak 8 buah khemah+ kerusi untuk menjayakan majlis berkenaan.

3.2 Penyediaan Kerusi dan Hiasan Pentas
Mesyuarat bersetuju untuk mendapatkan 4 buah kerusi untuk ahli panel jemputan, 80 kerusi velvet dan 300 kerusi plastik untuk orang ramai. Disamping itu penyediaan untuk platform, kipas angain/air cooler juga turut di bincangkan.
- Tindakan JKR Taiping, Majlis Perbandaran Taiping, dan Pejabat Daerah Larut Matang dan Selama dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.

3.3 PA Sistem
En. Ismail bin Daud daripada Penerangan Daerah Larut Matang & Selama memaklumkan bahawa pihak beliau akan bekerjasama untuk menyediakan dan memasang PA Sistem pada hari tersebut bagi mempastikan Majlis Pengkisahan berjalan dengan lancarnya. Disamping itu, beliau juga menawarkan juru acara majlis daripada Pejabat Penerangan.

3.4 Jemputan/ Sambutan dan Protokol
En. Mohd Salleh bin Shani daripada Pejabat Daerah Larut Matang & Selama akan membantu pihak urusetia majlis dari segi protokol dan penyediaan senarai jemputan bagi semua ketua-ketua jabatan dan semua Wakil Rakyat Daerah Larut Matang dan Selama.

3.5 Jamuan
En. Mahyudin bin Othman, Ketua Kampung merangkap Pengerusi PD Bkt Gantang memaklumkan menu jamuan pada hari tersebut adalah Daging Rendang, Gulai Daging, Air Asam Tomato dan buah manakala untuk hidangan VIP Daging Rendang, Gulai Daging, Air Asam Tomato, Ikan Bakar, Sayur Campur dan buah. En. Mahyudin bin Othman juga memaklumkan hidangan VIP akan disediakan di bilik mesyuarat Penghulu Mukim Bukit Gantang. Makanan pada hari itu di sumbangkan oleh Adun Mukim Bukit Gantang.

3.6 Pameran
Cik Asmarina bt. Jamaludin daripada Kompleks Sejarah Matang memaklumkan, pihak beliau akan menyediakandan memasang bahan-bahan pameran pada sehari sebelum majlis tersebut berlangsung. Tempat pameran yang hendak digunakan adalah di Dewan Futsal Mukim Bukit Gantang. Ketua Kampung bersetuju untuk mempastikan keselamatan bahan-bahan pameran tersebut supaya dijaga dengan selamat.

4. Lain-lain hal
-Mesyuarat bersetuju untuk melantik Y. Bhg. Dato' Mahmod bin Morsidi, Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama bagi menyempurnakan pelancaran CD Jejak Warisan, Larut Matang dan Selama.
-Penghulu memohon Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak supaya dapat menghantar surat kepada Jabatan Warisan Negara untuk membersihkan sekitar Makam Long Jaafar.
-Ketua Kampung mencangkan disedikan tag urusetia, dan 500 keping jemputan kepada orang kampung pada majlis tersebut.
-En. Mohd Salleh bin Shani mencangkan disediakan surat untuk Hospital Taiping, dan Balai Polis Taiping bagi mempastikan ciri-ciri keselamatan dijaga.

5.Penangguhan Mesyuarat
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 t/hari dengan ucapan terima kasih dan salam oleh Pengerusi.

22 October 2007

Laporan Mesyuarat Majlis Pengkisahan Sejarah Long Jaafar pada 22 Oktober 2007


Tarikh: 22 Oktober 2007
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak
Kehadiran:
Puan Haslina Hassan (Pengerusi)
Puan Suraya Haji Ariffin
Puan Junaimi Abd Moin
Puan Aishatushimah Ahmad Safri
Puan Sharifah Sulha Shafina Syed Omar Nasiry
Cik Norawati Mohamad Ali (Setiausaha)

Perutusan Pengerusi
Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan terima kasih kepada semua yang hadir.

Aktiviti pada 28 Oktober 2007
Perutusan pengerusi diteruskan dengan memaklumkan aktiviti yang akan berlangsung pada 28 Oktober 2007
Tarikh:28/10/2007 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Perpustakaan Desa Bukit Gantang
Jenis Aktiviti: Pertandingan Melukis Potret (Terbuka)
Mewarna untuk kategori Pra-sekolah
Catatan:
-borang penyertaan telah dihantar oleh Puan Junaimi di Perpustakaan Desa Bukit Gantang.
-Puan Noriza dan Cik Asiah dilantik untuk membantu dalam menguruskan ketika aktiviti berlangsung.
-Puan Junaimi bersetuju untuk menyediakan kad jemputan kepada para pemenang

Juruacara
Pengerusi memperkenalkan Juruacara Majlis iaitu Puan Sharifah Sulha Shafina Syed Omar Nasiry. Turut diterangkan juga secara ringkas mengenai aturcara majlis pada Hari Pengkisahan tersebut.

Jurufoto
Puan Aishatushimah Ahmad Safri dilantik untuk membantu dalam urusan mengambil dan mengedit gambar setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang projek berlangsung. Beliau juga telah disarankan untuk menyedia peralatan seperti digital camera dan Handycam untuk di bawa pada 28/10/2007 (ahad) dimana aktiviti tambahan seperti pertandingan mewarna dan melukis potret akan dijalankan di Perpustakaan Desa Bukit Gantang.

Mesyuarat Jawatankuasa Persiapan Majlis Pengkisahan Sejarah Long Jaafar: Tokoh Melayu Terbilang
Satu mesyuarat persiapan akan diadakan pada 23 Oktober 2007 (Selasa). Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan persediaan dan persiapan seperti khemah, pentas dan sebagainya. Diantara jabatan yang terlibat seperti Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, Pejabat Penerangan Daerah Larut Matang dan Selama, Majlis Perbandaran Taiping, Jabatan Kerja Raya Larut Matang dan Selama, Pejabat Penghulu Mukim Bukit Gantang, Pengerusi Perpustakaan Desa Bukit Gantang, Pejabat Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan dan Kompleks Sejarah Matang.
Mesyuarat Jawatankuasa Persiapan tersebut akan diadakan pada masa dan tempat seperti berikut:-
Tarikh:23 Oktober 2007 (Selasa)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Perpustakaan Desa Bukit Gantang

Lain-lain hal
1.Mesyuarat memutuskan para peserta disediakan sedikit minuman dan makanan pada hari aktiviti dijalankan.
2.Jemputan majlis pengkisahan akan diuruskan oleh Puan Haslina Hassan.
3.Puan Suraya Haji Ariffin melaporkan bahawa teks wawacara bersama Perak FM telah siap dan akan hantar di Perak FM setelah mendapat kelulusan daripada Penasihat Majlis.
4. Softcopy Bannar dan Backdrop (yang telah direka oleh En. Khairul) telah dihantar ke J&R Pesona.

Penagguhan Mesyuarat
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang dengan ucapan terima kasih dan salam oleh Pengerusi.