26 October 2007

PERJUMPAAN AJK KERINGAT MERDEKA BERSAMA DENGAN ORANG BESAR JAJAHAN LARUT MATANG DAN SELAMA

Puan Haslina Hassan selaku Pengurus Projek sedang menunjukkan Buku Jejak Warisan Daerah Larut Matang dan Selama yang akan di CDkan kepada Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama untuk mendapat persetujuan beliau.



Pada tarikh 23 Oktober 2007 (Selasa) iaitu tarikh yang sama mesyuarat persiapan diadakan, Kumpulan Keringat Merdeka telah berpeluang berjumpa dengan Y.A. Bhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato' Dr. Haji Wan Mohd. Isa bin Dato' Seri Wan Ahmad DPCM., AMP., PPT., JP. , Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama yang KeLapan iaitu merupakan salah seorang panel Majlis Pengkisahan "Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang".
Dalam pertemuan tersebut beliau telah bersetuju dilantik sebagai salah seorang panel pada majlis tersebut. Topik yang akan dibincangkan oleh beliau pada majlis tersebut adalah " Sejarah/ Biodata/ Waris - Pengalaman Membawa Pulang Jenazah Tengku Menteri dari Singapura ke Kompleks Sejarah Matang".
Beliau juga telah membenarkan kami membuat salinan bahan yang berkaitan dengan sejarah Ngah Ibrahim untuk tujuan pameran pada Majlis Pengkisahan tersebut. Beliau turut mencadangkan gambar/potret Ngah Ibrahim diambil dari buku Biografi Ringkas Orang Kaya Menteri Paduka Tuan (Tengku Menteri) Ngah Ibrahim bin Long Jaafar (1836-1895) yang ditulis oleh Dr. Talib Samat terbitan Goal Intelligent Publishing Sdn. Bhd. untuk digunakan sewaktu aktiviti pertandingan melukis potret Long Jaafar dan Ngah Ibrahim dijalankan.
Sewaktu sesi perbualan tersebut, kami mendapati beliau seorang yang peramah dan mesra serta banyak memberi maklumbalas yang positif terhadap projek yang bakal dilaksanakan.
Diakhir pertemuan tersebut kami berkesempatan bergambar dengan beliau sebagai kenangan.