
Mesyuarat Jawatankuasa Maxis CyberlinQ Bil.02/2007 telah diadakan pada 18 Julai 2007 bertempat di Bahagian Koleksi Khazanah Negeri Perak PPANPk pada pukul 12.30 pagi. Mesyuarat kali kedua ini membincangkan mengenai Jawatankuasa Kerja Projek seperti berikut:-
Bil Jawatankuasa Senarai Tugas
1. Pengerusi - Jemputan
2. Pembantu Perpustakaan PA Taiping - Tempat dan Sistem PA
3. AJK Majlis - Sambutan, Protokol & Juruacara
4. AJK Majlis - Cenderahati & Jamuan
5. Setiausaha - Promosi & Banner
6. Pengerusi Homestay Bkt Gantang - Pameran & Pelancaran CD
7. AJK Majlis - Juru foto & Grafik
Mesyuarat pada kali ini telah memutuskan untuk memilih tajuk yang menjurus kepada individu yang banyak memberi sumbangan dari segi warisan sejarah, sosial dan ekonomi di Larut, Matang dan Selama termasuklah Mukim Bukit Gantang itu sendiri.
Tajuk yang telah dipersetujui di dalam perbincangan ini adalah Pengkisahan Sejarah "Long Jaafar" yang dirasakan banyak memberi input kepada penghasilan Pengkisahan Sejarah Warisan. Di sini juga mesyuarat memilih tema yang sesuai dengan tajuk projek iaitu "Sejarah, Memahami Masa Kini dan Melihat Masa Depan".
STRUKTUR PROJEK
Ahli Panel yang di persetujui dalam Majlis Pengkisahan ini terdiri daripada kalangan:-
- Pengerusi- Pengarah PPANPk
- Tokoh Panel 1 - Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama
- Tokoh Panel 2 - Adun Mukim Bukit Gantang
- Tokoh Panel 3- Ahli Persatuan Sejarah Negeri Perak
Selain daripada itu Pelancaran Buku Sejarah Jejak Warisan Larut, Matang dan Selama akan dibuat dalam bentuk Pelancaran CD.
Bahan Pameran mengenai Sejarah Larut Matang dan Selama akan ditempatkan di Dewan Futsal, Homestay Bukit Gantang.
Mesyuarat juga melibatkan agensi awam dan swasta bagi menjayakan aktiviti ini. Antara agensi yang terlibat ialah:-
- Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak
- Pejabat Penghulu Mukim Bukit Gantang
- Homestay Bukit Gantang
- PCB Transportation and Tour Sdn. Bhd.
Dalam pada masa yang sama, mesyuarat turut melibatkan kampung-kampung yang berada dibawah Mukim Bukit Gantang bagi memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti pada hari tersebut. Antara kampung-kampung tersebut ialah:
- Kampung Changkat Ibol
- Kampung Pauh
- Kampung Kubu dan Kampung Bukit Gantang
- Kampung Cheh
- Kampung Sendok
- Kampung Changkat Jering
Mesyuarat pada kali ini juga telah membuat beberapa perubahan dari segi anggaran agihan perbelanjaan seperti berikut:
Bil. Butiran Kos(RM)
1. Pameran - 200.00
2.Cenderahati Panel- 200.00
3. Pelancaran CD Sejarah Jejak Warisan Larut, Matang & Selama - 100.00
4. Jamuan Makan - 450.00
5. T-Shirt -200.00
6. Promosi/Banner - 300.00
7. Lain-lain Hal 50.00
Jumlah Keseluruhan 1,500.00
LAIN -LAIN HAL
Mesyuarat telah memberi laluan kepada setiap AJK untuk membuat persediaan bagi setiap tugas yang dipertanggungjawabkan . Sebarang makluman lanjut akan dibawa berbincang dari masa ke semasa.
PENAGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat pada kali ini ditangguhkan pada pukul 1.30 petang dengan ucapan terima kasih dan salam dari Pengerusi.