31 July 2007

Mesyuarat Jawatankuasa Projek Maxis CyberlinQ Bil.01/2007






Minit mesyuarat bil. 01/2007 telah diadakan pada 11 Julai 2007 bertempat Bilik Mesyuarat Utama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak pada pukul 10.00 pagi. Mesyuarat diteruskan dengan perlantikan Jawatankuasa Projek Maxis CyberlinQ yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan 5 orang AJK.

Mesyuarat juga telah membincangkan cadangan dalam perlaksanaan Projek Maxis CyberlinQ termasuklah Tajuk, Tema dan Matlamat Projek. Tajuk yang telah dipersetujui dalam mesyuarat ini ialah " Majlis Pengkisahan Sejarah Bukit Gantang". Tema Projek " Maxis Menjana Sejarah Bukit Gantang Sejajar Dengan 50 Tahun Kemerdekaan Negara Kita"

Matlamat projek terdiri daripada 4 iaitu:-


  • Untuk generasi muda mengimbas kembali sejarah negara Malaysia yang berasaskan keadaaan masa lampau di mana keperluan dalam membentuk satu perubahan masa depan dapat menjadi landasan perjuangan dan pembinaan semangat bangsa.

  • Untuk mendokumentasi, menghargaai dan memulihara Khazanah Sejarah Bukit Gantang

  • Untuk mempromosi Pengkisahan Sejarah Bukit Gantang dengan memasukkannya di dalam pakej Homestay Bukit Gantang agar ianya menjadi tatapan dan rujukan masa akan datang.

  • Hasil Pengkisahan Sejarah Bukit Gantang akan di masukkan di dalam blog terpilih dan dalam ruangan laman web Maxis CyberlinQ sebagai salah satu galakan dalam penambahan ilmu dari segi penggunaan ICT.
Selain daripada itu kami turut membincangkan bagaimana struktur projek akan dilaksanakan. Majis Pengkisahan Sejarah Bukit Gantang ini akan dibuat berdasarkan kepada konsep perbincangan. Dalam masa yang sama Pelancaran Buku Jejak Warisan Sejarah Larut, Matang dan Selama akan dilancarkan dalam majlis ini. Disamping itu, Pameran berkaitan Sejarah Bukit Gantang sejajar dengan Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Tahun ke 50 turut diadakan.

Majlis ini akan dijalankan di Dewan Futsal Mukim Bukit Gantang, Taiping Perak. Kami mensasarkan seluruh penduduk di Mukim Bukit Gantang akan hadir dalam majlis ini. Selain daripada itu, pelajar-pelajar Sekolah Rendah dan Menengah akan turut hadir bagi meriahkan majlis ini. Kami juga mengharapkan kehadiran daripada pengunjung-pengunjung yang mengunjungi Homestay Bukit Gantang bagi menjayakan majlis ini.

Bajet atau anggaran agihan perbelajaan bagi perlaksanaan projek adalah seperti berikut:-

Bil. Butiran Kos (RM)

1.Pameran - 200.00

2.Cenderahati Panel - 200.00

3. Pelancaran Buku Sejarah Jejak Warisan Larut, Matang & Selama - 100.00

4. Makan/ Minuman - 450.00

5. Lain-lain Hal - 50.00

Jumlah Keseluruhan 1000.00


LAIN-LAIN HAL

Pengerusi memaklumkan AJK akan mengambil gambar tapak projek serta persiapan bahan-bahan pameran bagi menjalankan aktiviti berkenaan. Setiap aktiviti yang dilaksanakan akan memasukkan logo MBC, Maxis, Hotlink, PPANPk dan Homestay Bukit Gantang. Segala cadangan dan perubahan akan di bawa berbincang bersama AJK di mesyuarat akan datang.


PENGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi dengan ucapan terima kasih dan salam daripada pengerusi.