22 October 2007

Laporan Mesyuarat Majlis Pengkisahan Sejarah Long Jaafar pada 22 Oktober 2007


Tarikh: 22 Oktober 2007
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak
Kehadiran:
Puan Haslina Hassan (Pengerusi)
Puan Suraya Haji Ariffin
Puan Junaimi Abd Moin
Puan Aishatushimah Ahmad Safri
Puan Sharifah Sulha Shafina Syed Omar Nasiry
Cik Norawati Mohamad Ali (Setiausaha)

Perutusan Pengerusi
Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan terima kasih kepada semua yang hadir.

Aktiviti pada 28 Oktober 2007
Perutusan pengerusi diteruskan dengan memaklumkan aktiviti yang akan berlangsung pada 28 Oktober 2007
Tarikh:28/10/2007 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Perpustakaan Desa Bukit Gantang
Jenis Aktiviti: Pertandingan Melukis Potret (Terbuka)
Mewarna untuk kategori Pra-sekolah
Catatan:
-borang penyertaan telah dihantar oleh Puan Junaimi di Perpustakaan Desa Bukit Gantang.
-Puan Noriza dan Cik Asiah dilantik untuk membantu dalam menguruskan ketika aktiviti berlangsung.
-Puan Junaimi bersetuju untuk menyediakan kad jemputan kepada para pemenang

Juruacara
Pengerusi memperkenalkan Juruacara Majlis iaitu Puan Sharifah Sulha Shafina Syed Omar Nasiry. Turut diterangkan juga secara ringkas mengenai aturcara majlis pada Hari Pengkisahan tersebut.

Jurufoto
Puan Aishatushimah Ahmad Safri dilantik untuk membantu dalam urusan mengambil dan mengedit gambar setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang projek berlangsung. Beliau juga telah disarankan untuk menyedia peralatan seperti digital camera dan Handycam untuk di bawa pada 28/10/2007 (ahad) dimana aktiviti tambahan seperti pertandingan mewarna dan melukis potret akan dijalankan di Perpustakaan Desa Bukit Gantang.

Mesyuarat Jawatankuasa Persiapan Majlis Pengkisahan Sejarah Long Jaafar: Tokoh Melayu Terbilang
Satu mesyuarat persiapan akan diadakan pada 23 Oktober 2007 (Selasa). Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan persediaan dan persiapan seperti khemah, pentas dan sebagainya. Diantara jabatan yang terlibat seperti Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, Pejabat Penerangan Daerah Larut Matang dan Selama, Majlis Perbandaran Taiping, Jabatan Kerja Raya Larut Matang dan Selama, Pejabat Penghulu Mukim Bukit Gantang, Pengerusi Perpustakaan Desa Bukit Gantang, Pejabat Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan dan Kompleks Sejarah Matang.
Mesyuarat Jawatankuasa Persiapan tersebut akan diadakan pada masa dan tempat seperti berikut:-
Tarikh:23 Oktober 2007 (Selasa)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Perpustakaan Desa Bukit Gantang

Lain-lain hal
1.Mesyuarat memutuskan para peserta disediakan sedikit minuman dan makanan pada hari aktiviti dijalankan.
2.Jemputan majlis pengkisahan akan diuruskan oleh Puan Haslina Hassan.
3.Puan Suraya Haji Ariffin melaporkan bahawa teks wawacara bersama Perak FM telah siap dan akan hantar di Perak FM setelah mendapat kelulusan daripada Penasihat Majlis.
4. Softcopy Bannar dan Backdrop (yang telah direka oleh En. Khairul) telah dihantar ke J&R Pesona.

Penagguhan Mesyuarat
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang dengan ucapan terima kasih dan salam oleh Pengerusi.