03 October 2007

Persiapan Mesyuarat Jawatankuasa Induk

Diantara persiapan akhir sebelum berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Induk yang akan dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohammad Nazari bin Haji Abdul Hamid:-

1.- Persiapan tempat mesyuarat di Perpustakaan Desa Bukit Gantang - tindakan Puan Jamilah

2.- Peringatan/ Friendly Reminder kepada Jawatankuasa Induk yang akan hadir pada mesyuarat berkenaan - tindakan Cik Norfaizatul Sharina Zulkifli

3.- Kemas kini Kertas Kerja Projek - tindakan Puan Haslina Hassan

4.- Fotostat Kerta Kerja - tindakan CikNorawati

5.- Peralatan ICT (cth: Labtop, LCD Projektor, Digital Camera danHandycam- tindakan Pn. Haslina,Cik Norawati dan Pn. Aishatushima

6.- Kenderaan/ Pengangkutan - Pn. Suraya Hj. Ariffin dan Pn Junaimi Abd Moin

02 October 2007

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK MAJLIS PENGKISAHAN SEJARAH LONG JAAFAR: TOKOH MELAYU TERBILANG

Yg. Bhg. Dato’/ Datin/ Prof. / Tuan/ Puan,

MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS PENGKISAHAN SEJARAH
LONG JAAFAR: TOKOH MELAYU TERBILANG

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Sehubungan itu Yg. Bhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Tuan/ Puan di jemput menghadiri mesyuarat yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 04 Oktober 2007 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Perpustakaan Desa Bukit Gantang
Jalan Kuala Kangsar
34850 Changkat Jering
Perak Darul Ridzuan

3. Kehadiran Yg. Bhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Tuan/ Puan akan dapat memastikan perjumpaan berkenaan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.


“SEJARAH, MEMAHAMI MASA KINI DAN MELIHAT MASA DEPAN”

s/k-Pengarah Perbadanan Perpustakan Awam Negeri Perak - dijemput untuk mempengerusikan mesyuarat

Senarai Edaran

1. Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama
Pejabat Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama
34000 Taiping
(u/p: En. Sulaiman bin Mahmud)
Tel: 05-8088377

2. Yang Dipertua, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan
Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-2549928 Faks: 05-2417070

3. Persatuan Sejarah Negeri Perak
Melalui Ketua Sektor (Akademik)
Jabatan Pelajaran Perak
Penolong Pengarah (Kemanusiaan)
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Perak
30640 Ipoh Perak
(u/p: En. Shamsul Baharin bin Mohamad Yusof P.P.T)
Tel: 05-2547287 Faks: 05-5280184

4. Pejabat Pelajaran
Daerah Larut Matang dan Selama
Seri Didik
Jalan Taming Sari
34000 Taiping
Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-8084119 Faks: 05-8080660

5. Ketua Kompleks
Kompleks Sejarah Matang
Jabatan Muzium Malaysia
Kuaters Ngah Ibrahim
34750 Matang
Perak Darul Ridzuan
(u/p:En. Ahmad Sazali bin Sabu)
Tel: 05-8477970 Faks: 05-8477757

6. Tn. Hj. Badrulhisam bin Hj. Saleh
Pejabat Penghulu Mukim Bukit Gantang
Jalan Kuala Kangsar
34850 Changkat Jering,
Taiping Perak
Tel: 05-8554078 Faks:05-8554078

Mesyuarat AJK Kerja

Hari ini jam 3.00 petang diadakan mesyuarat AJK Kerja yang bertempat di Bilik Mesyuarat PPANPK.

Agenda Mesyuarat:-
1. Status Projek
2. Kemaskini Blog
- Diari AJK
- Biodata Panel
- Biodata Tokoh Sejarah
- Cadangan rakaman video
3. Mesyuarat Jawatankuasa Induk pada 04 Oktober 2007 di Perpustakaan
Desa Bukit Gantang
4. Hal-hal lain
AJK memberi sepenuh perhatian ketika mesyuarat berlangsung dengan dipengerusikan oleh Pengurus Projek iaitu Puan Haslina bt. Hassan (tengah)

21 September 2007

Menjejaki Tapak Pengkisahan Sejarah Long Jaafar : Pelopor Industri Bijih Timah


Kumpulan Keringat Merdeka sekarang berada di hadapan Perpustakaan Desa Bukit Gantang yang merupakan salah satu daripada Jabatan Kerajaan yang beroperasi di Mukim Bukit Gantang. Perpustakaan Desa Bukit Gantang memainkan peranan menyalurkan maklumat melalui bahan bacaan serta teknologi, komunikasi dan maklumat seperti internet. Penduduk di Mukim Bukit Gantang kerap kali berkunjung untuk menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan oleh perpustakaan desa tersebut.



Selain daripada Perpustakaan Desa Bukit Gantang, di Mukim ini juga terletaknya Pejabat Penghulu Bukit Gantang yang menjadi tempat rujuk penduduk kampung dari aspek politik, sosial dan ekonomi. Bersebelahan dengan Pejabat Penghulu terdapat Gelanggang Futsal Bukit Gantang yang akan menjadi salah satu tempat perlaksanaan aktiviti kumpulan ini.
Kami juga telah singgah ke Pejabat Penyelaras Bukit Gantang Homestay dan dari sini kami telah berkunjung sebuah rumah yang menjadi tempat sebagai Homestay kepada pengunjung Homestay Bukit Gantang. Tuan rumah homestay tersebut adalah En. Abdul Rahman dan Pn. Maimunah yang lebih dikenali di kawasan ini dengan nama Paksu dan Maksu. Turut hadir pada masa itu ialah Kapt(B) Jamil bin Ralib juga merupakan bekas pesara tentera yang mempunyai banyak maklumat mengenai sejarah Long Jaafar. Perbualan dimulakan oleh pengurus projek mengenai hasrat dan tujuan kumpulan kami ke sana.

Setelah mendengar dan memberikan maklumbalas positif daripada hasil perbincangan tersebut, Kapt (B) Jamil mencadangkan kumpulan kami dapat mengunjung Kompleks Sejarah Matang bagi mendapat maklumat yang lebih lanjut mengenai pengkisahan sejarah Long Jaafar dan Ngah Ibrahim. Di sana kami diperkenalkan dengan En. Ahmad Sazali bin Saba selaku Pembantu Muzium Kompleks Sejarah Matang. Hasil perbincangan dengan En. Ahamd Sazali, beliau banyak memberikan maklumat dan pandangan mengenai Majlis Pengkisahan Sejarah Long Jaafar. Di samping itu, kami juga telah dibawa melawat sekitar dalam bangunan muzium Kompleks Sejarah Matang hasil peninggalan sejarah Ngah Ibrahim iaitu anak kepada Long Jaafar yang telah mewarisi industri bijih timah pada ketika itu.

10 September 2007

PELAN LOKASI




Pengunjung yang berminat untuk berkunjung ke Perpustakaan Desa Bukit Gantang dan Homestay Bukit Gantang atau mendengar Pengkisahan Sejarah "Long Jaafar" pada tarikh perlaksanaan yang akan dimaklumkan kemudian boleh merujuk pada pelan lokasi tersebut.

Susulan Fasa Kedua (Langkah Pertama)

07 September 2007 (Jumaat), 15.30 petang

Kumpulan Keringat Merdeka telah memulakan perbincangan mengenai langkah seterusnya untuk melaksanakan projek ini bagi fasa kedua. Keputusan telah di buat di mana anggota kumpulan ini akan turun ke Perpustakaan Desa Bukit Gantang dan Homestay Bukit Gantang bagi membincangkan lebih lanjut mengenai aktiviti yang bakal di adakan di Mukim tersebut di samping akan membuat lawatan tapak projek pada tarikh yang dicadangkan iaitu pada 11 September 2007 (Selasa).
Pihak kami juga telah menemui wakil tapak projek Homestay Bukit Gantang iaitu Puan Maimunah Haji Daud di Tapak Gerak Usahawan yang diadakan di Dataran Bandaraya Ipoh pada tarikh yang sama iaitu pada jam 12.30 tengahari. Beliau memberi jaminan bahawa Homestay Bukit Gantang akan memberi kerjasama dan komitmen bagi menjayakan projek ini di sana nanti

Gambar di atas menunjukkan persekitaran Gerak Usahawan Negeri Perak 2007, Bertempat Dataran Bandaraya Ipoh, Tarikh: 7-9 September 2007. Diantara gerai yang menjadi pilihan Kumpulan Keringat Merdeka ialah Gerai Bukit Gantang Homestay.

Perutusan Tuan Pengarah PPANPk


Pada 06 September 2007, Tuan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak iaitu Tuan Haji Mohamad Nazari bin Haji Abdul Hamid mengucapkan syabas dan tahniah kepada kumpulan Keringat Merdeka kerana telah berjaya memasuki Fasa Kedua Maxis Cyberlinq Contest 2007.

Beliau berharap agar kumpulan ini berusaha dan memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakan projek ini dalam fasa ke dua. Beliau juga mendoakan semoga kumpulan ini beroleh kejayaan bagi pihak jabatan.

Beliau akan memberi kerjasama yang jitu sekiranya khidmat dan pandangan beliau diperlukan sebagai dorongan dan semangat untuk mencapai kejayaan.

TAHNIAH!!!

Tahniah kepada Kumpulan Keringat Merdeka di atas kejayaan kita bersama. Moga dalam fasa ke dua kita terus berusaha bagi memperolehi kejayaan yang lebih cemerlang.

Tahniah juga kepada kumpulan yang turut berjaya dalam memasuki fasa ke dua.

Untuk maklumat lanjut keputusan Maxis Cyberlinq Contest boleh layari http://maxiscyberlinq.blogspot.com/

GOOD LUCK TO ALL OF US!!!