11 October 2007

PERSIAPAN MENJELANG MAJLIS PENGKISAHAN

Walaupun Sambutan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba dalam beberapa hari lagi, AJK Kumpulan Keringat Merdeka masih meneruskan persiapan dan persediaan bagi menjayakan Majlis Pengkisahan Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang...

Segala urusan surat-menyurat telah dihantar kepada setiap agensi yang terlibat dalam majlis ini . Perhubungan melalui telefon dan email menjadi komunikasi antara AJK Kumpulan Keringat Merdeka dan agensi terbabit untuk setiap makluman dan persiapan yang telah dibuat.

Borang penyertaan pertandingan Mewarna Kategori Pra-Sekolah dan Melukis Potret Tokoh Long Jaafar atau Ngah Ibrahim akan diedarkan kepada Sekolah-sekolah yang berada disekitar Mukim Bukit Gantang. Penghulu Mukim Bukit Gantang juga telah memaklumkan bahawa persediaan tempat dan jamuan majlis ini diadakan telah mendapat maklumbalas positif dari Y.B. Dato' Haji Mat Isa bin Ismail, DPMP., KMN., PPT., JP selaku Yang diPertua, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan merangkap ADUN Bukit Gantang.

Bersempena menjelang Syawal yang bakal tiba, Kumpulan Keringat Merdeka mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Adalah diharapkan semoga selepas ini segala persiapan dan persediaan menjelang majlis ini dapat dijalankan dengan lebih teratur dan lancar.