10 September 2007

PELAN LOKASI




Pengunjung yang berminat untuk berkunjung ke Perpustakaan Desa Bukit Gantang dan Homestay Bukit Gantang atau mendengar Pengkisahan Sejarah "Long Jaafar" pada tarikh perlaksanaan yang akan dimaklumkan kemudian boleh merujuk pada pelan lokasi tersebut.

Susulan Fasa Kedua (Langkah Pertama)

07 September 2007 (Jumaat), 15.30 petang

Kumpulan Keringat Merdeka telah memulakan perbincangan mengenai langkah seterusnya untuk melaksanakan projek ini bagi fasa kedua. Keputusan telah di buat di mana anggota kumpulan ini akan turun ke Perpustakaan Desa Bukit Gantang dan Homestay Bukit Gantang bagi membincangkan lebih lanjut mengenai aktiviti yang bakal di adakan di Mukim tersebut di samping akan membuat lawatan tapak projek pada tarikh yang dicadangkan iaitu pada 11 September 2007 (Selasa).
Pihak kami juga telah menemui wakil tapak projek Homestay Bukit Gantang iaitu Puan Maimunah Haji Daud di Tapak Gerak Usahawan yang diadakan di Dataran Bandaraya Ipoh pada tarikh yang sama iaitu pada jam 12.30 tengahari. Beliau memberi jaminan bahawa Homestay Bukit Gantang akan memberi kerjasama dan komitmen bagi menjayakan projek ini di sana nanti

Gambar di atas menunjukkan persekitaran Gerak Usahawan Negeri Perak 2007, Bertempat Dataran Bandaraya Ipoh, Tarikh: 7-9 September 2007. Diantara gerai yang menjadi pilihan Kumpulan Keringat Merdeka ialah Gerai Bukit Gantang Homestay.

Perutusan Tuan Pengarah PPANPk


Pada 06 September 2007, Tuan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak iaitu Tuan Haji Mohamad Nazari bin Haji Abdul Hamid mengucapkan syabas dan tahniah kepada kumpulan Keringat Merdeka kerana telah berjaya memasuki Fasa Kedua Maxis Cyberlinq Contest 2007.

Beliau berharap agar kumpulan ini berusaha dan memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakan projek ini dalam fasa ke dua. Beliau juga mendoakan semoga kumpulan ini beroleh kejayaan bagi pihak jabatan.

Beliau akan memberi kerjasama yang jitu sekiranya khidmat dan pandangan beliau diperlukan sebagai dorongan dan semangat untuk mencapai kejayaan.

TAHNIAH!!!

Tahniah kepada Kumpulan Keringat Merdeka di atas kejayaan kita bersama. Moga dalam fasa ke dua kita terus berusaha bagi memperolehi kejayaan yang lebih cemerlang.

Tahniah juga kepada kumpulan yang turut berjaya dalam memasuki fasa ke dua.

Untuk maklumat lanjut keputusan Maxis Cyberlinq Contest boleh layari http://maxiscyberlinq.blogspot.com/

GOOD LUCK TO ALL OF US!!!

31 July 2007

Mesyuarat Jawatankuasa Projek Maxis CyberlinQ Bil.02/2007


Mesyuarat Jawatankuasa Maxis CyberlinQ Bil.02/2007 telah diadakan pada 18 Julai 2007 bertempat di Bahagian Koleksi Khazanah Negeri Perak PPANPk pada pukul 12.30 pagi. Mesyuarat kali kedua ini membincangkan mengenai Jawatankuasa Kerja Projek seperti berikut:-

Bil Jawatankuasa Senarai Tugas
1. Pengerusi - Jemputan
2. Pembantu Perpustakaan PA Taiping - Tempat dan Sistem PA
3. AJK Majlis - Sambutan, Protokol & Juruacara
4. AJK Majlis - Cenderahati & Jamuan
5. Setiausaha - Promosi & Banner
6. Pengerusi Homestay Bkt Gantang - Pameran & Pelancaran CD
7. AJK Majlis - Juru foto & Grafik
Mesyuarat pada kali ini telah memutuskan untuk memilih tajuk yang menjurus kepada individu yang banyak memberi sumbangan dari segi warisan sejarah, sosial dan ekonomi di Larut, Matang dan Selama termasuklah Mukim Bukit Gantang itu sendiri.

Tajuk yang telah dipersetujui di dalam perbincangan ini adalah Pengkisahan Sejarah "Long Jaafar" yang dirasakan banyak memberi input kepada penghasilan Pengkisahan Sejarah Warisan. Di sini juga mesyuarat memilih tema yang sesuai dengan tajuk projek iaitu "Sejarah, Memahami Masa Kini dan Melihat Masa Depan".

STRUKTUR PROJEK

Ahli Panel yang di persetujui dalam Majlis Pengkisahan ini terdiri daripada kalangan:-

  • Pengerusi- Pengarah PPANPk

  • Tokoh Panel 1 - Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama

  • Tokoh Panel 2 - Adun Mukim Bukit Gantang

  • Tokoh Panel 3- Ahli Persatuan Sejarah Negeri Perak

Selain daripada itu Pelancaran Buku Sejarah Jejak Warisan Larut, Matang dan Selama akan dibuat dalam bentuk Pelancaran CD.

Bahan Pameran mengenai Sejarah Larut Matang dan Selama akan ditempatkan di Dewan Futsal, Homestay Bukit Gantang.

Mesyuarat juga melibatkan agensi awam dan swasta bagi menjayakan aktiviti ini. Antara agensi yang terlibat ialah:-

  • Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak
  • Pejabat Penghulu Mukim Bukit Gantang
  • Homestay Bukit Gantang
  • PCB Transportation and Tour Sdn. Bhd.
Dalam pada masa yang sama, mesyuarat turut melibatkan kampung-kampung yang berada dibawah Mukim Bukit Gantang bagi memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti pada hari tersebut. Antara kampung-kampung tersebut ialah:

  • Kampung Changkat Ibol
  • Kampung Pauh
  • Kampung Kubu dan Kampung Bukit Gantang
  • Kampung Cheh
  • Kampung Sendok
  • Kampung Changkat Jering

Mesyuarat pada kali ini juga telah membuat beberapa perubahan dari segi anggaran agihan perbelanjaan seperti berikut:

Bil. Butiran Kos(RM)

1. Pameran - 200.00
2.Cenderahati Panel- 200.00
3. Pelancaran CD Sejarah Jejak Warisan Larut, Matang & Selama - 100.00
4. Jamuan Makan - 450.00
5. T-Shirt -200.00
6. Promosi/Banner - 300.00
7. Lain-lain Hal 50.00

Jumlah Keseluruhan 1,500.00

LAIN -LAIN HAL

Mesyuarat telah memberi laluan kepada setiap AJK untuk membuat persediaan bagi setiap tugas yang dipertanggungjawabkan . Sebarang makluman lanjut akan dibawa berbincang dari masa ke semasa.

PENAGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat pada kali ini ditangguhkan pada pukul 1.30 petang dengan ucapan terima kasih dan salam dari Pengerusi.





Mesyuarat Jawatankuasa Projek Maxis CyberlinQ Bil.01/2007






Minit mesyuarat bil. 01/2007 telah diadakan pada 11 Julai 2007 bertempat Bilik Mesyuarat Utama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak pada pukul 10.00 pagi. Mesyuarat diteruskan dengan perlantikan Jawatankuasa Projek Maxis CyberlinQ yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan 5 orang AJK.

Mesyuarat juga telah membincangkan cadangan dalam perlaksanaan Projek Maxis CyberlinQ termasuklah Tajuk, Tema dan Matlamat Projek. Tajuk yang telah dipersetujui dalam mesyuarat ini ialah " Majlis Pengkisahan Sejarah Bukit Gantang". Tema Projek " Maxis Menjana Sejarah Bukit Gantang Sejajar Dengan 50 Tahun Kemerdekaan Negara Kita"

Matlamat projek terdiri daripada 4 iaitu:-


  • Untuk generasi muda mengimbas kembali sejarah negara Malaysia yang berasaskan keadaaan masa lampau di mana keperluan dalam membentuk satu perubahan masa depan dapat menjadi landasan perjuangan dan pembinaan semangat bangsa.

  • Untuk mendokumentasi, menghargaai dan memulihara Khazanah Sejarah Bukit Gantang

  • Untuk mempromosi Pengkisahan Sejarah Bukit Gantang dengan memasukkannya di dalam pakej Homestay Bukit Gantang agar ianya menjadi tatapan dan rujukan masa akan datang.

  • Hasil Pengkisahan Sejarah Bukit Gantang akan di masukkan di dalam blog terpilih dan dalam ruangan laman web Maxis CyberlinQ sebagai salah satu galakan dalam penambahan ilmu dari segi penggunaan ICT.
Selain daripada itu kami turut membincangkan bagaimana struktur projek akan dilaksanakan. Majis Pengkisahan Sejarah Bukit Gantang ini akan dibuat berdasarkan kepada konsep perbincangan. Dalam masa yang sama Pelancaran Buku Jejak Warisan Sejarah Larut, Matang dan Selama akan dilancarkan dalam majlis ini. Disamping itu, Pameran berkaitan Sejarah Bukit Gantang sejajar dengan Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Tahun ke 50 turut diadakan.

Majlis ini akan dijalankan di Dewan Futsal Mukim Bukit Gantang, Taiping Perak. Kami mensasarkan seluruh penduduk di Mukim Bukit Gantang akan hadir dalam majlis ini. Selain daripada itu, pelajar-pelajar Sekolah Rendah dan Menengah akan turut hadir bagi meriahkan majlis ini. Kami juga mengharapkan kehadiran daripada pengunjung-pengunjung yang mengunjungi Homestay Bukit Gantang bagi menjayakan majlis ini.

Bajet atau anggaran agihan perbelajaan bagi perlaksanaan projek adalah seperti berikut:-

Bil. Butiran Kos (RM)

1.Pameran - 200.00

2.Cenderahati Panel - 200.00

3. Pelancaran Buku Sejarah Jejak Warisan Larut, Matang & Selama - 100.00

4. Makan/ Minuman - 450.00

5. Lain-lain Hal - 50.00

Jumlah Keseluruhan 1000.00


LAIN-LAIN HAL

Pengerusi memaklumkan AJK akan mengambil gambar tapak projek serta persiapan bahan-bahan pameran bagi menjalankan aktiviti berkenaan. Setiap aktiviti yang dilaksanakan akan memasukkan logo MBC, Maxis, Hotlink, PPANPk dan Homestay Bukit Gantang. Segala cadangan dan perubahan akan di bawa berbincang bersama AJK di mesyuarat akan datang.


PENGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi dengan ucapan terima kasih dan salam daripada pengerusi.




18 July 2007

Mesyuarat Jawatankuasa


Mesyuarat Jawatankuasa Induk telah diadakan pada 18 Jul 2007 jam 10.00 pagi. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Penasihat projek iaitu Tuan Hj Nazari b Hj Abdul Hamid. Mesyuarat membincangkan tentang beberapa perkara seperti senarai AJK Kecil dan AJK Kerja yang akan melakasanak projek . Beberapa perkara sepertu jemputan VIP , bajet , senarai jawatankuasa kecil dan beberapa perkara berbangkit juga telah dibincangkan. Pengerusi mengarahkan semua ahli jawatankuasa kecil memulakan tugas masing-masing dan membuat lapuran kepada pengurus projek setiap apa yang telah dilaksanakan.

09 July 2007

Mesyuarat Kick-Off Projek

Mesyuarat kick-off projek Komuniti Perpustakaan Desa Bukit Gantang (PDBG) telah diadakan pada hari Jumaat ( 6/07/07) . Ia nya telah dihadiri oleh petugas dari PDBG , Pegawai-pegawai Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dan wakil dari JKKK PDBG. Mesyuarat pada hari tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.
Agenda mesyuarat untuk melancarkan satu projek dibawah Komuniti Perpustakaan Desa Bukit Gantang iaitu pengkisahan mengenai tokoh-tokoh kemerdekaan dari Bukit Gantang yang mana salah seorang daripadanya ialah Ngah Ibrahim.