04 October 2007

Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Pengkisahan Sejarah Long Jaafar: Tokoh Melayu Terbilang



Mesyuarat telah diadakan pada:-

Tarikh: 04 Oktober 2007
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Perpustakaan Desa Bukit Gantang

Jumlah Kehadiran : 16 orang


Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan Pengerusi
2. Perbincangan Kertas Kerja
3. Perlaksanaan Aktiviti
4. Hal-hal lain

Antara perbincangan yang diputuskan adalah:-
*YB. Dato' Haji Mat Isa bin Ismail dan wakil telah bersetuju dilantik sebagai tokoh panel Majlis Pengkisahan Sejarah Long Jaafar: Tokoh Melayu Terbilang, pada tarikh 03 November 2007 pada jam 11 pagi di Perpustakaan Desa Bukit Gantang.
*Y.Bhg. Dato' Dr. Zulkarnain bin Abdul Rahman bersetuju dilantik sebagai pengerusi panel. Perbincangan lanjut dengan Y.Bhg. Dato' Dr. akan dibincangkan.
*YB. Dato' Haji Mat Isa bin Ismail bersetuju dengan program yang bakal dilaksanakan dan beliau mencadangkan agar jemputan bagi majlis diperluaskan.
*AJK mesyuarat ini juga bersetuju dengan aktiviti yang akan dijalankan.
*YB. Dato' Haji Mat Isa bin Ismail telah bersetuju untuk menyumbangkan jamuan tengahari.
*Penghulu dan Ketua Kampung telah bersetuju bersama-sama untuk menguruskan persiapan majlis, termasuk jamuan makan, persedian khemah, kemudahan alat siaraya dan perkara-perkara yang berkaitan.
*Jabatan Muzium Kompleks Sejarah Matang telah bersetuju untuk mengadakan pameran sementara berkaitan majlis ini.
*Pejabat Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama juga bersetuju untuk mewawarkan aktiviti yang membabitkan pelajar sekolah.
*Wakil Persatuan Sejarah akan mewawarkan kepada Persatuan Sejarah Seluruh Malaysia mengenai majlis yang bakal diadakan.

Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi.