08 October 2007

PUISI-PUISI BERKAITAN LONG JAAFAR

Siri dan perjuangan memartabatkan Long Jaafar dan Tengku Menteri Ngah Ibrahim sentiasa dan akan digerakkan dari masa ke masa sesuai dengan perkembangan semasa. Banyak cara dan kegiatan dilakukan di dalam mengangkat martabat dan kehebatan tokoh-tokoh ini dan salah satu caranya ialah dengan penghasilan puisi-puisi yang telah ditulis di dalam buku "Matang Di Bumi Larut: Puisi-Puisi Tengku Menteri" yang diselenggara oleh Dr. Talib Samat.


IMBASAN SEJARAH

Pada pertengahan abd ke-19
Larut telah muncul
sebagai daerah pengeluar bijih timah terbesar
di Perak dan termashyur serta terkenal
di pelosok dunia
hingga menjadi pusat rebutan
saudagar dan pedagang dari Barat
yang sanggup merempuh lautan luas
dan mengharungi ombak serta samudera
untuk sampai ke destinasi mereka
iaitu Perak di Tanah Melayu

Long Jaafar
orang yang bertanggungjawab
ke atas perusahaan bijih timah di Larut
adalah cucu-cicit pembesar Dato Panglima Bukit Gantang
yang mempunyai rezeki yang melimpah ruah
bila bertuah temui kawah bijih timah di Larut
dikawasan Klian Pauh
yang menjadikan Long Jaafar kaya raya
dengan sekelip mata
bagaikan peribahasa Melayu
"Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu"
Sehinggakan 5 November 1850
Sultan Shahabuddin kurniakan hak milik kekal
Daerah Larut kepada Long Jaafar
kerana perusahaan bijih timah yang berjaya

Setelah kemangkatan Long Jaafar
kekayaan dan lombong bijih timah
diwarisi oleh anaknya bernama
Ngah Ibrahim
yang telah tempuhi segala peristiwa hitam
yang menyedihkan dan menggerunkan
seperti peperangan Ghee Hin dan Hai San
sepanjang pemerintahannya
Namun...
dengan kecekalan hati yang kuat
untuk teruskan usaha bapanya
segala dugaan dan rintangan
yang muncul didepan mata
berjaya ditangani dengan mudah

Pada pertengahan tahun 1860-an
beliau berjaya kukuhkan kedudukan
dan punyai sistem pentadbiran termoden
serta tinggal di sebuah tempat yang siap dikelilingi kota
bernama Kota Ngah Ibrahim
manakala pada 23 Oktober 1863
beliau dilantik sebagai Menteri
dan mendapat gelaran
Orang Kaya Menteri Perak
salah seoarang Orang Besar Empat Di Perak

Tahun 1895
dengan kuasa Allah S.W.T.
Tanah Melayu telah kehilangan tokoh terbilang
apabila Ngah Ibrahim meninggal dunia di Singapura
Namun...
tempat makamnya telah diketahui
tetapi nama Orang Kaya Ngah Ibrahim
yang pernah di gelar Tengku Menteri
masih kekal dan dikenali
hingga ke hari ini
kerana pepatah ada menyebut
"Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama"


Puisi yang ditulis adalah hasil nukilan...HERNAWATIE ISKANDAR