
Pendaftaran peserta dan ketibaan orang ramai dalam Majlis Pengkisahan "Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang" telah mula membanjiri perkarangan Dewan Futsal Bukit Gantang bermula jam 9.00 pagi.
Kompleks Sejarah Matang turut membuka kaunter bagi

mempromosi barangan yang terdapat di Kompleks tersebut. Disamping itu mereka juga membantu di dalam aktiviti pameran dan turut mengendalikan pertandingan kuiz yang berkaitan dengan Topik Majlis ini.

Sebelum Majlis ini bermula, para hadirin turut dihiburkan oleh Kumpulan Gurindam dari Bukit Gantang bagi memeriahkan lagi aktiviti di Majlis ini. Mereka telah mengalunkan beberapa buah lagi Berirama Malaysia untuk menghiburkan para peserta yang hadir.

Kedatangan para peserta dari pelajar sekolah di sekitar Mukim Bukit Gantang untuk mendengar kisah Sejarah yang terdapat di Mukim Bukit Gantang di dalam Majlis Pengkisahan ini.
Kehadiran VIP yang terdiri daripada Tan Sri Dato' Jins Shamsudin , Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, Pegawai Polis Daerah Larut Matang dan Selama, ADUN Trong, Pegawai-Pegawai Pendidikan Daerah, Ketua-ketua Jabatan, Penghulu-penghulu, Ketua-ketua Kampung serta Masyarakat Kampung Mukim Bukit Gantang.

Kedatangan Y.A. Bhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato' Dr. Haji Wan Mohd. Isa bin Haji Wan Ahmad, DPCM., AMP., PPT., JP iaitu Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama yang Ke-Lapan diiringi oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak iaitu Tuan Haji Mohammad Nazari Bin Haji Abdul Hamid dan Penghulu Mukim Bukit Gantang Tuan Haji Badrulhisham Bin Saleh .

Puan Suraya Binti Haji Ariffin sibuk melayan para tetamu yang hadir ke Majlis Pengkisahan "Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang".

Antara tetamu VIP yang hadir pada hari tersebut.
