05 November 2007

SEJAM SEBELUM MAJLIS PENGKISAHAN "SEJARAH LONG JAAFAR : TOKOH MELAYU TERBILANG" BERMULA


Pengurus Projek Puan Haslina Hassan bergambar bersama Urusetia Protokol iaitu Puan Suraya Ariffin sebelum memula tugasan masing-masing pada hari tersebut.



Ketibaan Tan Sri Dato' Jins Shamsudin telah diiringi oleh Penghulu Mukim Bukit Gantang Tuan Haji Badrulhisham bin Saleh ke Pejabat Penghulu sementara menunggu Majlis Pengkisahan bermula.


Sejam sebelum Majlis Pengkisahan "Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang" bermula, AJK Keringat Merdeka telah diberi tugas masing-masing didalam mengendalikan Majlis Pengkisahan pada hari tersebut. Antara Urusetia Majlis yang telah ditetapkan adalah Urusetia Pendaftaran, Urusetia Pameran, Urusetia Protokol, Urusetia Hadiah dan Jamuan Makan, Urusetia Pelancaran Gimik CD Jejak Warisan serta Urusetia Jurugambar sibuk didalam melaksanakan tugasan mereka.

Tidak ketinggalan juga Pengerusi Majlis yang terdiri daripada Puan Sharifah Sulha Shafinas dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dan Encik Ismail dari Pejabat Penerangan Daerah Larut, Matang dan Selama bersedia didalam menjayakan Majlis Pengkisahan "Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang" yang hanya akan bermula bila-bila masa sahaja.