Pengurus Projek iaitu Puan Haslina Hassan dan Penghulu Mukim Bukit Gantang iaitu Tuan Haji Badrulhisham Bin Haji Saleh sedang berbincang bagi memastikan persiapan pentas telah disusun dengan teratur sebelum Majlis bermula.



Pada sebelah pagi pelbagai persiapan telah dibuat dalam menjayakan aktiviti Majlis Pengkisahan "Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang".
Antaranya adalah persiapan pentas, gotong-royong memasak dari kaum lelaki masyarakat Kampung Mukim Bukit Gantang, persediaan tayangan video Membawa Pulang Jenazah Tengku Menteri Ngah Ibrahim dari Singapura serta persiapan Pelancaran CD Jejak Warisan Larut, Matang dan Selama.