22 October 2007

Laporan Mesyuarat Majlis Pengkisahan Sejarah Long Jaafar pada 22 Oktober 2007


Tarikh: 22 Oktober 2007
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak
Kehadiran:
Puan Haslina Hassan (Pengerusi)
Puan Suraya Haji Ariffin
Puan Junaimi Abd Moin
Puan Aishatushimah Ahmad Safri
Puan Sharifah Sulha Shafina Syed Omar Nasiry
Cik Norawati Mohamad Ali (Setiausaha)

Perutusan Pengerusi
Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan terima kasih kepada semua yang hadir.

Aktiviti pada 28 Oktober 2007
Perutusan pengerusi diteruskan dengan memaklumkan aktiviti yang akan berlangsung pada 28 Oktober 2007
Tarikh:28/10/2007 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Perpustakaan Desa Bukit Gantang
Jenis Aktiviti: Pertandingan Melukis Potret (Terbuka)
Mewarna untuk kategori Pra-sekolah
Catatan:
-borang penyertaan telah dihantar oleh Puan Junaimi di Perpustakaan Desa Bukit Gantang.
-Puan Noriza dan Cik Asiah dilantik untuk membantu dalam menguruskan ketika aktiviti berlangsung.
-Puan Junaimi bersetuju untuk menyediakan kad jemputan kepada para pemenang

Juruacara
Pengerusi memperkenalkan Juruacara Majlis iaitu Puan Sharifah Sulha Shafina Syed Omar Nasiry. Turut diterangkan juga secara ringkas mengenai aturcara majlis pada Hari Pengkisahan tersebut.

Jurufoto
Puan Aishatushimah Ahmad Safri dilantik untuk membantu dalam urusan mengambil dan mengedit gambar setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang projek berlangsung. Beliau juga telah disarankan untuk menyedia peralatan seperti digital camera dan Handycam untuk di bawa pada 28/10/2007 (ahad) dimana aktiviti tambahan seperti pertandingan mewarna dan melukis potret akan dijalankan di Perpustakaan Desa Bukit Gantang.

Mesyuarat Jawatankuasa Persiapan Majlis Pengkisahan Sejarah Long Jaafar: Tokoh Melayu Terbilang
Satu mesyuarat persiapan akan diadakan pada 23 Oktober 2007 (Selasa). Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan persediaan dan persiapan seperti khemah, pentas dan sebagainya. Diantara jabatan yang terlibat seperti Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, Pejabat Penerangan Daerah Larut Matang dan Selama, Majlis Perbandaran Taiping, Jabatan Kerja Raya Larut Matang dan Selama, Pejabat Penghulu Mukim Bukit Gantang, Pengerusi Perpustakaan Desa Bukit Gantang, Pejabat Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan dan Kompleks Sejarah Matang.
Mesyuarat Jawatankuasa Persiapan tersebut akan diadakan pada masa dan tempat seperti berikut:-
Tarikh:23 Oktober 2007 (Selasa)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Perpustakaan Desa Bukit Gantang

Lain-lain hal
1.Mesyuarat memutuskan para peserta disediakan sedikit minuman dan makanan pada hari aktiviti dijalankan.
2.Jemputan majlis pengkisahan akan diuruskan oleh Puan Haslina Hassan.
3.Puan Suraya Haji Ariffin melaporkan bahawa teks wawacara bersama Perak FM telah siap dan akan hantar di Perak FM setelah mendapat kelulusan daripada Penasihat Majlis.
4. Softcopy Bannar dan Backdrop (yang telah direka oleh En. Khairul) telah dihantar ke J&R Pesona.

Penagguhan Mesyuarat
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang dengan ucapan terima kasih dan salam oleh Pengerusi.

20 October 2007

TEMUJANJI BERSAMA DATO' DR. ZULKARNAIN (PENGERUSI PERSATUAN SEJARAH NEGERI PERAK) SELAKU PENGERUSI MAJLIS PENGKISAHAN

AJK telah membuat temujanji untuk berjumpa dengan Dato' Dr. Zulkarnain bin Abd. Rahman (Pengerusi Persatuan Sejarah Negeri Perak) yang telah dilantik dan bersetuju untuk menjadi Pengerusi bagi Majlis Pengkisahan Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang. Perjumpaan tersebut telah diadakan :

Tarikh : 19 Okt. 2007 (Jumaat)
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Bilik Pengarah PPANPk

Pengurus Projek, Pengarah PPANPk dan Dato Dr. Zulkarnain telah membincangkan beberapa perkara, antara perkara yang perlu di ambil tindakan oleh AJK bagi memastikan Majlis yang akan diadakan tersebut berjalan lancar adalah seperti :

1. Bagaimana Majlis Pengkisahan tersebut akan dilaksanakan

2. Cara Perlaksanaan Majlis

3. Pembahagian masa untuk setiap Panel

4. Topik Perbincangan

5. Skop Perbincangan

6. Soalan dan Jawapan Perbincangan

7. Rakaman Sepanjang Majlis

8. Pendokumentasian bahan selepas Majlis

9. Tugasan Pengerusi dan Setiap Panel

10. Hal-hal lain berkaitan Majlis

Perbincangan telah berakhir pada jam 4.30 petang. Dato' Dr. Zulkarnain berharap Majlis Pengkisahan "Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang" yang akan diadakan 2 minggu akan datang berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan berlangsung dengan Cermelang, Gemilang dan Terbilang.

11 October 2007

Lawatan dan sesi temu bual bersama penduduk


Foto-foto yang diambil semasa sesi lawatan AJK ke Bukit Gantang dan sesi temubual bersama penduduk mengenai fakta sejarah Long Jaafar dan Ngah Ibrahim .

WARGA AJK KUMPULAN KERINGAT MERDEKA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA

Seluruh Warga Kerja Kumpulan Keringat Merdeka Mengucapkan Selamat Hari Raya Adil Fitri Maaf Zahir Batin terutama kepada semua staff Maxis, Kumpulan-Kumpulan yang bertanding dalam pertandingan ini, serta seluruh Umat Muslimim dan Muslimat di Malaysia Khasnya dan Seluruh Dunia Am nya. Warga Kerja Kumpulan Keringat Merdeka akan bercuti bermula 12 Okt hingga 16 Okt.

PERSIAPAN MENJELANG MAJLIS PENGKISAHAN

Walaupun Sambutan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba dalam beberapa hari lagi, AJK Kumpulan Keringat Merdeka masih meneruskan persiapan dan persediaan bagi menjayakan Majlis Pengkisahan Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang...

Segala urusan surat-menyurat telah dihantar kepada setiap agensi yang terlibat dalam majlis ini . Perhubungan melalui telefon dan email menjadi komunikasi antara AJK Kumpulan Keringat Merdeka dan agensi terbabit untuk setiap makluman dan persiapan yang telah dibuat.

Borang penyertaan pertandingan Mewarna Kategori Pra-Sekolah dan Melukis Potret Tokoh Long Jaafar atau Ngah Ibrahim akan diedarkan kepada Sekolah-sekolah yang berada disekitar Mukim Bukit Gantang. Penghulu Mukim Bukit Gantang juga telah memaklumkan bahawa persediaan tempat dan jamuan majlis ini diadakan telah mendapat maklumbalas positif dari Y.B. Dato' Haji Mat Isa bin Ismail, DPMP., KMN., PPT., JP selaku Yang diPertua, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan merangkap ADUN Bukit Gantang.

Bersempena menjelang Syawal yang bakal tiba, Kumpulan Keringat Merdeka mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Adalah diharapkan semoga selepas ini segala persiapan dan persediaan menjelang majlis ini dapat dijalankan dengan lebih teratur dan lancar.

10 October 2007

Pertandingan Melukis Potret Long Jaafar Atau Potret Ngah Ibrahim

Pertandingan Melukis Potret Long Jaafar atau Ngah Ibrahim akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:-


Tarikh : 28 Oktober 2007 (Ahad)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Perpustakaan Desa Bukit Gantang
Jalan Kuala Kangsar
24850 Changkat Jering
Taiping Perak

Berikut menunjukkan contoh Potret Long Jaafar dan Potret Ngah Ibrahim.

09 October 2007

Borang Aktiviti Mewarna dan Melukis Potret Long Jaafar @ Ngah Ibrahim

Ahli Jawatankuasa Majlis Pengkisahan Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang, telah menyediakan Borang dan Syarat Penyertaan bagi aktiviti sampingan untuk menyemarakkan lagi majlis tersebut. Pertandingan yang akan dijalankan adalah:-


1. Pertandingan Mewarna untuk Kategori Pra-Sekolah

2. Pertandingan Melukis Potret Long Jaafar/ Ngah Ibrahim Kategori Remaja

Perlaksanaan aktiviti yang akan diadakan adalah pada tarikh dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 28 Oktober 2007 (Ahad)

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Perpustakaan Desa Bukit Gantang

Berikut adalah Borang Pertandingan yang telah ditetapkan.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut bolehlah hantarkan borang penyertaaan anda melalui e-mail: haslina@ppanpk.gov.my atau norawati@ppanpk.gov.my


08 October 2007

PUISI-PUISI BERKAITAN LONG JAAFAR

Siri dan perjuangan memartabatkan Long Jaafar dan Tengku Menteri Ngah Ibrahim sentiasa dan akan digerakkan dari masa ke masa sesuai dengan perkembangan semasa. Banyak cara dan kegiatan dilakukan di dalam mengangkat martabat dan kehebatan tokoh-tokoh ini dan salah satu caranya ialah dengan penghasilan puisi-puisi yang telah ditulis di dalam buku "Matang Di Bumi Larut: Puisi-Puisi Tengku Menteri" yang diselenggara oleh Dr. Talib Samat.


IMBASAN SEJARAH

Pada pertengahan abd ke-19
Larut telah muncul
sebagai daerah pengeluar bijih timah terbesar
di Perak dan termashyur serta terkenal
di pelosok dunia
hingga menjadi pusat rebutan
saudagar dan pedagang dari Barat
yang sanggup merempuh lautan luas
dan mengharungi ombak serta samudera
untuk sampai ke destinasi mereka
iaitu Perak di Tanah Melayu

Long Jaafar
orang yang bertanggungjawab
ke atas perusahaan bijih timah di Larut
adalah cucu-cicit pembesar Dato Panglima Bukit Gantang
yang mempunyai rezeki yang melimpah ruah
bila bertuah temui kawah bijih timah di Larut
dikawasan Klian Pauh
yang menjadikan Long Jaafar kaya raya
dengan sekelip mata
bagaikan peribahasa Melayu
"Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu"
Sehinggakan 5 November 1850
Sultan Shahabuddin kurniakan hak milik kekal
Daerah Larut kepada Long Jaafar
kerana perusahaan bijih timah yang berjaya

Setelah kemangkatan Long Jaafar
kekayaan dan lombong bijih timah
diwarisi oleh anaknya bernama
Ngah Ibrahim
yang telah tempuhi segala peristiwa hitam
yang menyedihkan dan menggerunkan
seperti peperangan Ghee Hin dan Hai San
sepanjang pemerintahannya
Namun...
dengan kecekalan hati yang kuat
untuk teruskan usaha bapanya
segala dugaan dan rintangan
yang muncul didepan mata
berjaya ditangani dengan mudah

Pada pertengahan tahun 1860-an
beliau berjaya kukuhkan kedudukan
dan punyai sistem pentadbiran termoden
serta tinggal di sebuah tempat yang siap dikelilingi kota
bernama Kota Ngah Ibrahim
manakala pada 23 Oktober 1863
beliau dilantik sebagai Menteri
dan mendapat gelaran
Orang Kaya Menteri Perak
salah seoarang Orang Besar Empat Di Perak

Tahun 1895
dengan kuasa Allah S.W.T.
Tanah Melayu telah kehilangan tokoh terbilang
apabila Ngah Ibrahim meninggal dunia di Singapura
Namun...
tempat makamnya telah diketahui
tetapi nama Orang Kaya Ngah Ibrahim
yang pernah di gelar Tengku Menteri
masih kekal dan dikenali
hingga ke hari ini
kerana pepatah ada menyebut
"Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama"


Puisi yang ditulis adalah hasil nukilan...HERNAWATIE ISKANDAR