05 November 2007

UCAPAN TERIMA KASIH AJK KERINGAT MERDEKA KEPADA MAXIS CYBERLINQ COMMUNITIES

AJK Kumpulan Keringat Merdeka mengambil kesempatan mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada Maxis Cyberlinq Communities diatas pemilihan kumpulan kami bagi meneruskan pertandingan ini hingga ke Fasa 2. Adalah diharapkan dengan adanya pertandingan seumpama ini kami akan lebih komited dalam menjayakan aktiviti yang dirancang sehingga ke penghujungnya. Kami juga berterima kasih kerana dapat melaksanakan Majlis Pengkisahan "Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang" dengan jayanya. Dan harapan kami agar Majlis ini dapat diteruskan ke peringkat seterusnya dan Kebangsaan agar ianya memberi manafaat serta panduan kepada generasi muda akan datang. TERIMA KASIH.

BARISAN AJK MAJLIS PENGKISAHAN "SEJARAH LONG JAAFAR : TOKOH MELAYU TERBILANG" BERSAMA DENGAN AHLI PANEL DAN VIP

AJK Induk Kumpulan Keringat Merdeka yang mengelolakan Majlis Pengkisahan "Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang". Dari kiri Cik Norawati bt. Mohd. Ali (Setiausaha), Puan Junaimi Bt. Abdul Moin (Hadiah,Cenderahati dan Jamuan), Puan Haslina Hassan (Pengurus Projek) dan Puan Suraya Bt. Haji Ariffin (Sambutan dan Protokol)
Barisan AJK Majlis Pengkisahan "Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang" bergambar bersama dengan Tuan Haji Mohammad Nazari Bin Haji Abdul Hamid, Puan Hajah Norlaila (Isteri Pengarah), Tuan Haji Mahyuddin (Ketua Kampung) dan Dato' Dr. Zulkarnain Bin Abd. Rahman, Pengerusi Persatuan Sejarah Negeri Perak
AJK Induk bergambar bersama Urusetia Majlis yang terdiri daripada Kakitangan Wanita dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.




AJK Induk bergambar dengan En. Sazali Bin Sabu dari Kompleks Sejarah Matang, Kapt. (B) Jamil, dan Encik Rosnizam Koordinator Gimik Pelancaran CD Siri Jejak Warisan Daerah Larut Matang dan Selama.


AJK Induk dan Urusetia Majlis bergambar kenangan selepas Majlis berjaya dilaksanakan.








AJK Induk dan Urusetia Majlis Pengkisahan "Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang" bergambar kenangan bersama Ahli Panel Majlis serta VIP yang hadir pada Majlis Pengkisahan ini.

GIMIK PELANCARAN CD SIRI JEJAK WARISAN DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA



Gimik Majlis Pelancaran CD Siri Jejak Warisan Daerah Larut Matang dan Selama telah disempurnakan oleh Dato' Mahmod Bin Morsidi, Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama dari Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama, Taiping Perak.

Dato' Mahmod Bin Morsidi membuka kotak CD dan menunjukkan kepada orang ramai CD Siri Jejak Warisan Daerah Larut Matang dan Selama yang telah berjaya dihasilkan.



Dato' Mahmod Bin Morsidi, Y.A. Bhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato' Dr. Haji Wan Mohd. Isa Bin Haji Wan Ahmad DPCM., AMP., PPT., JP. dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak Tuan Haji Mohammad Nazari Bin Haji Abdul Hamid memperkatakan sesuatu mengenai Majlis Pelancaran ini.
Buku Siri Jejak Warisan Daerah Larut Matang dan Selama yang telah diCDkan.

MAJLIS PENGKISAHAN "SEJARAH LONG JAAFAR : TOKOH MELAYU TERBILANG" BERMULA

Pengurus Projek Puan Haslina Hassan dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Tuan Haji Mohammad Nazari Bin Haji Abdul Hamid berbincang sesuatu sebelum Majlis Pengkisahan "Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang" bermula.




Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Tuan Haji Mohammad Nazari Bin Haji Abdul Hamid memberi ucapan aluan sebelum Majlis bermula.

Y.A. Bhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato' Dr. Haji Wan Mohd. Isa Bin Haji Wan Ahmad, DPCM., AMP., PPT., JP. iaitu Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama yang Kelapan selaku Panel Pertama membicarakan Topik "Sejarah/Biodata/Waris - Pengalaman Membawa Pulang Jenazah Tengku Menteri dari Singapura Ke Kompleks Sejarah Matang.
Panel Kedua iaitu Y. Bhg. Dr. Talib Samat, Pensyarah Jabatan Kesusasteraan Melayu Moden, UPSI membincangkan Topik "Pengalaman Menghasilkan Karya/ Hasil Penulisan Berkaitan Tokoh"

Y.B. Dato' Haji Mat Isa Bin Ismail DPMP., KMN., PPT., JP., Speaker Dewan Undangan Negeri Perak selaku Panel Ketiga memperkatakan tentang "Perkembangan/ Masa Depan Bukit Gantang dari Konteks Sejarah dan Pelancongan".

KEMUNCAK MAJLIS PENGKISAHAN "SEJARAH LONG JAAFAR : TOKOH MELAYU TERBILANG" 11.00 PAGI DI PERKARANG DEWAN FUTSAL MUKIM BUKIT GANTANG

Pendaftaran peserta dan ketibaan orang ramai dalam Majlis Pengkisahan "Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang" telah mula membanjiri perkarangan Dewan Futsal Bukit Gantang bermula jam 9.00 pagi.


Kompleks Sejarah Matang turut membuka kaunter bagi mempromosi barangan yang terdapat di Kompleks tersebut. Disamping itu mereka juga membantu di dalam aktiviti pameran dan turut mengendalikan pertandingan kuiz yang berkaitan dengan Topik Majlis ini.


Sebelum Majlis ini bermula, para hadirin turut dihiburkan oleh Kumpulan Gurindam dari Bukit Gantang bagi memeriahkan lagi aktiviti di Majlis ini. Mereka telah mengalunkan beberapa buah lagi Berirama Malaysia untuk menghiburkan para peserta yang hadir.
Kedatangan para peserta dari pelajar sekolah di sekitar Mukim Bukit Gantang untuk mendengar kisah Sejarah yang terdapat di Mukim Bukit Gantang di dalam Majlis Pengkisahan ini.

Kehadiran VIP yang terdiri daripada Tan Sri Dato' Jins Shamsudin , Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, Pegawai Polis Daerah Larut Matang dan Selama, ADUN Trong, Pegawai-Pegawai Pendidikan Daerah, Ketua-ketua Jabatan, Penghulu-penghulu, Ketua-ketua Kampung serta Masyarakat Kampung Mukim Bukit Gantang.

Kedatangan Y.A. Bhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato' Dr. Haji Wan Mohd. Isa bin Haji Wan Ahmad, DPCM., AMP., PPT., JP iaitu Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama yang Ke-Lapan diiringi oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak iaitu Tuan Haji Mohammad Nazari Bin Haji Abdul Hamid dan Penghulu Mukim Bukit Gantang Tuan Haji Badrulhisham Bin Saleh .


Puan Suraya Binti Haji Ariffin sibuk melayan para tetamu yang hadir ke Majlis Pengkisahan "Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang".
Antara tetamu VIP yang hadir pada hari tersebut.





SEJAM SEBELUM MAJLIS PENGKISAHAN "SEJARAH LONG JAAFAR : TOKOH MELAYU TERBILANG" BERMULA


Pengurus Projek Puan Haslina Hassan bergambar bersama Urusetia Protokol iaitu Puan Suraya Ariffin sebelum memula tugasan masing-masing pada hari tersebut.



Ketibaan Tan Sri Dato' Jins Shamsudin telah diiringi oleh Penghulu Mukim Bukit Gantang Tuan Haji Badrulhisham bin Saleh ke Pejabat Penghulu sementara menunggu Majlis Pengkisahan bermula.


Sejam sebelum Majlis Pengkisahan "Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang" bermula, AJK Keringat Merdeka telah diberi tugas masing-masing didalam mengendalikan Majlis Pengkisahan pada hari tersebut. Antara Urusetia Majlis yang telah ditetapkan adalah Urusetia Pendaftaran, Urusetia Pameran, Urusetia Protokol, Urusetia Hadiah dan Jamuan Makan, Urusetia Pelancaran Gimik CD Jejak Warisan serta Urusetia Jurugambar sibuk didalam melaksanakan tugasan mereka.

Tidak ketinggalan juga Pengerusi Majlis yang terdiri daripada Puan Sharifah Sulha Shafinas dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dan Encik Ismail dari Pejabat Penerangan Daerah Larut, Matang dan Selama bersedia didalam menjayakan Majlis Pengkisahan "Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang" yang hanya akan bermula bila-bila masa sahaja.


PERSIAPAN PADA SEBELAH PAGI SEBELUM MAJLIS PENGKISAHAN SEJARAH LONG JAAFAR : TOKOH MELAYU TERBILANG


Pengurus Projek iaitu Puan Haslina Hassan dan Penghulu Mukim Bukit Gantang iaitu Tuan Haji Badrulhisham Bin Haji Saleh sedang berbincang bagi memastikan persiapan pentas telah disusun dengan teratur sebelum Majlis bermula.

Pada sebelah pagi pelbagai persiapan telah dibuat dalam menjayakan aktiviti Majlis Pengkisahan "Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang".
Antaranya adalah persiapan pentas, gotong-royong memasak dari kaum lelaki masyarakat Kampung Mukim Bukit Gantang, persediaan tayangan video Membawa Pulang Jenazah Tengku Menteri Ngah Ibrahim dari Singapura serta persiapan Pelancaran CD Jejak Warisan Larut, Matang dan Selama.
Kelihatan Encik Rosnizam selaku koordinator Pelancaran CD Jejak Warisan Larut, Matang dan Selama sedang berbincang dengan Encik Sazali dari Kompleks Muzium Matang mengenai Gimik Pelancaran Cd tersebut.

SEHARI SEBELUM HARI MAJLIS PENGKISAHAN "SEJARAH LONG JAAFAR : TOKOH MELAYU TERBILANG"


Pada sebelah malam sebelum Majlis AJK Keringat Merdeka serta Ketua Kampung sibuk membuat persiapan pameran serta persiapan pentas diperingkat akhir.


Sehari sebelum Majlis Pengkisahan Sejarah Long Jaafar : Tokoh Melayu Terbilang" AJK Kumpulan Keringat Merdeka sibuk membuat persiapan sempena majlis tersebut.
Hadiah, cenderahati dan peralatan pameran telah bersedia untuk dihantar ke Perpustakaan Desa Bukit Gantang pada hari Jumaat 2 November 2007 pada jam 10.00 pagi.